Saturday 23 January 2016

Khatam Ibrahim (21~30)

Ibrahim, dari ayat 21~30, 


21.  Dan mereka sekelian  akan menghadap Allah, lalu akan berkata orang-orang yang sombong; “ sesungguhnya dahulu kami mengikut kamu, lantaran itu, bolehkah kamu melepaskan diri kami sedikit sahaja dari azab Allah ? “ mereka jawab ; “kalau Allah pimpin kami, tentu kami pimpin kamu, sama sahaja  bagi kita, mahu pun kita dukacita atau kita sabar, kerana tidak ada bagi kita tempat lari”.

22. Dan berkata syaitan, tetakala diputuskan hukuman;  “sesungguhnya Allah  janji kepada kamu perjanjian yang benar, tetapi aku janji kepada kamu, lalu aku menyalahi janji kepada kamu, dan tidaklah ada bagi ku kekuasaan atas kamu, kecuali aku ajak kamu, lalu kamu perkenankan daku, lantaran itu, janganlah kamu cela akan daku, tetapi celalah diri-diri kamu sendiri, tidaklah aku boleh menolong kamu dan tidaklah kamu boleh  menolong akan daku, aku kufur kepada pekerjaan kamu menyekutukan daku dahulu”.  Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu, bagi mereka lah azab yang pedih.

23. Dan dimasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh kedalam syurga yang mengalir padanya sungai-sungai, hal keadaan mereka kekal padanya dengan izin Tuhan mereka, penghormatan mereka padanya ialah; “salam”.

24. Tidak kah engkau lihat, bagaimana Allah adakan perumpamaan, satu kalimah yang baik, seperti satu pohon yang baik, yang pangkalnya tetap dan cabang nya kelangit.

25. Ia datangkan makanan nya tiap-tiap waktu dengan izin Tuhan nya ! dan Allah adakan misal-misal itu untuk manusia, supaya mereka boleh ingat.

26. Dan perumpamaan kalimah yang jelek, seperti satu pohon yang jelek, yang dicabut dari atas bumi sehingga tidak ada bagi nya ketetapan lagi. 

27. Allah tetapkan orang-orang yang beriman, dengan perkataan  yang tetap dipenghidupan dunia dan diakhirat, dan  Allah sesatkan orang-orang yang zalim, dan Allah berbuat apa yang ia kehendaki.

28. Tidak kah engkau lihat orang-orang yang tukar nikmat Allah dengan kekufuran, dan tempatkan kaum mereka dalam kebinasaan ?

29. Iaitu  neraka jahanam yang mereka akan masuk padanya, pada hal jelek tempat ketetapan itu.

30. Dan mereka adakan bagi Allah sekutu-sekutu untuk menyesatkan manusia dari jalan nya. Katakan lah; “bersenang-senanglah kamu, kerana sesungguhnya tempat kambali kamu itu  ke neraka”. 


.
Following Twiter,
[] https://twitter.com/shoppeknajid3/status/690816037835538432




.